Rebiu Talk To Her

 

natalie-portman-picture-6

Natalie Portman – gambaran payu dara sisi.

 

Aku jumpa Pedro Almodovar (Pedmo, panggilan orang yang rapat dengannya) buat pertama kali di Saint-Étienne 1999. Dia pakai bandana, cermin mata hijau refleksif, dan senyuman yang meleret. Waktu aku jumpa Pedmo, dia sedang cuba belajar bersiul untuk panggil perempuan, tapi bunyi yang keluar macam anak kerbau nazak. 

Bro, kata Pedmo. Gua mau bikin filem baru.

Pedmo, waktu tu baru keluar dengan filem Usted Necesita el Toro, kisah seorang matador yang jatuh cinta dengan lembu yang jadi musuhnya di gelanggang Laga Lembu. Romeo and Juliet dunia beastiality, kata Pedmo, itu yang gua mahu buat. Of courselah, kita tahu apa jadi pada Pedmo lepas tu. Satu dunia sudah sedia maklum.

Filem baru Pedmo ni, tajuknya Talk to Her. 

Boring aku kata. 

Bro, dia kata, belum dengar lagi cerita dah boring?

Ada ninja tak, aku tanya.

Tak.

Lanun?

Tak.

Monyet dalam tong?

 Tak.

Natalie Portman dan Ralph Macchio?

Tak.

Apa lagi aku mahu cakap? 

Aku tahu Pedmo kecewa. Dia fikir dia ada bakat nak buat drama, tapi ramai kawan-kawan dia tak sampai hati nak cakap yang dia pakai stokin pun selalu silap warna. Kawan, macamana lu nak buat drama.

Sebab itulah aku begitu bangga dengan Pedmo bila aku dapat DVD Talk To Her.

Lepas tengok, aku capai faux-absinthe dekat atas meja, aku sip, aku nyalakan rokok dan tulis emel pada Pedmo, “Ok, kid. You beat Dostoevsky.”

Talk to Her sebuah filem genre philosophical-action-drama, seperti yang selalu dibikin Steven Seagal. Tapi karya agung Pedmo ni (ya, karya agung!) jauh melampau apa yang pernah Steven tendang, tumbuk, chop atau karate. 

Dalam Talk To Her,  ada Lanun.

Ada Ninja.

Ada monyet dalam tong.

Dan ada Natalie Portman dan Ralph Macchio bogel.

Bukan calang-calang orang boleh tangani filem macam ni. Macam Pauline Kael pernah kata, pada George Lucas yang bosan asyik-asyik dihentam oleh oleh kritik macam Pauline, George, kau tahu ramuan apa yang tak ada dalam filem kau? Fucking Pirates, George. Fucking Ninja, George. Fucking monkeys in a barrel, George. And Fucking naked Natalie Portman and Ralph Macchio, George.  

Dan jawab George, semua tu aku boleh buat, tapi bukan Ralph Macchio. 

Not fucking Ralph Macchio.

Jadi, aku minta, tidak, aku merayu, agak korang semua, pergi tonton Talk To Her. Kawan aku, Dollah, seorang akauntan, tonton filem itu, sekarang dia sudah berubah

Sekarang nama dia Bella, dan dia jual bontot di Ipoh.

Fuckin A, man.

Fuckin A.

Rebiu: The Watchmen

watchmen-minutemen

Gambar hiasan semata

 

Bukan mudah menjadi penjaga rumah api.

Itu pengajaran yang aku dapat setelah keluar pawagam dan berjalan di celah-celah ramai yang berpusu-pusu mahu mencari kereta mereka. Apa yang mereka tahu insan-insan efemeral ini, tentang hidup sebagai penjaga rumah api sebenarnya?

Menonton filem Watchmen terasa seperti pecah dara di dalam kancil di padang sekolah depan makmal biologi dengan kekasih yang kasar tapi kacak.

Aku benar-benar terkesima dengan keindahan filem ini, khususnya bila Rorsharch berkata pada Dr Manhattan, “Kau mungkin doktor! Tapi kau tak boleh bedah perasaanku!” Dan Dr Manhattan berpaling seraya, menyalakan api rokok dengan wajah forlorn, memandang pada audiens untuk mengiyakan apa yang dia lafazkan. Fuh, naik bulu roma aku.

Agung.

Itu yang berani aku katakan. Ini filem agung.

Meski Stan Lee tak merestui komiknya ini diadaptasi sebagai filem, meski dia menari bogel atas keretapi malam ke Boston untuk memprotes usaha Zack Snyder ini, aku masih rasa berbaloi. Benar kata Barthes, ‘Le roi est montmarte‘.

Plotnya mudah saja. Empat orang penjaga rumah api, Laura, Dan, Rorsharch dan Dr Manhattan, serta seorang pegawai dewan bandaraya Boston, Ozzy, terperangkap di dalam ribut. Kisah bermula bila Laura  datang pagi itu untuk meminta resepi sandwic timun istimewa sepupu di sebelah ibu tirinya, tapi terserempak dengan Ozzy di kaki rumah api itu. Ozzy merupakan kekasih kawan baik Laura tapi sebenarnya mencintai Laura tanpa mereka berdua sedari,  dan entah bagaimana, cinta antara mereka berputik, tapi ketika mereka sedang bercumbuan di besmen, mereka ditangkap basah oleh Rorsharch dan Dr Manhattan, pasangan gei yang sudah tak sebulu, tapi masih cuba untuk bertarung di mahkamah supaya rumah api itu tak dirobohkan dewan bandaran Boston (Kerana itulah Ozzy singgah ke rumah api itu: untuk mendengar hujah mereka, meski dia sudah buat keputusannya sendiri) Dan ketika mereka berlima ada di dalam rumah api itu, datang ribut yang amat dahsyat menjadikan mereka… Terperangkap Dalam Rumah Api.

Ya, dari plot yang ringkas ini, Zack menggarapnya menjadi sesuatu yang rumit, komplikated dan sungguh menyayat hati (spoiler, bitches: rumah api tu runtuh dan semua mereka mampus).

Aku Suka: Latar Rumah Api, meski cuma model skala 1/6 ia nampak real.

Laura, berpakaian seksi meski hanya mahu meminta resipi.

Subteks tentang filem dan tulisan Roland Barthes.

Aku tak suka: Perempuan cantik di sebelah aku yang marah bila secara tak sengaja aku terpegang pehanya yang gebu dan mulus sampai rasa macam nak gigit-gigit.

Boyfriend perempuan tu yang belasah aku sampai nyawa-nyawa ikan meski aku kata pada dia, rileks le bang, kau pun dulu keluar dari perut mak kau hasil perbuatan keji mak bapak kau di panggung wayang.

Kena makan ubat.

Konklusi: Kalau tiketnya RM10, aku sanggup beri kau RM10 untuk menontonnya, kalau kau biar aku jamah tubuhmu.

Rebiu Slumdog Millionaire

 
slumdog-millionaire61

Gambar hiasan semata

Aku benci filem ni. Sampah, Haprak. Busuk. Jamban. Taik. Pendek kata filem ni mengecewakan terutama kerana digarap oleh Danny Boyle, yang bikin Untouchables (Sean, I Lap U!), dan American Beauty. Secara ringkas, filem ini kisah tragis seekor anjing (jelas pengaroh Bulgakov) yang tiba-tiba menemui sejuta ringgit, lalu lari dari rumah setinggannya untuk membina kehidupan baru dan menjadi seekor gangster yang berpengaruh (hey bitches, ini spoiler: dia mampus).

Apa yang aku tak puas hati:

Babak pergaduhan. Hoi Danny, bullet time is so sembilanbelas sembilanpuluhan. Siapa lagi pakai lawan pakai konsep ni? Sekrang ni lawan pakai konsep hiperkinetik tak nampak apa-apa macam Batman. Jadi bila ada aksi-kasi ballet peluru, penonton akan mula menguap dan bayangkan tentang posmen yang mencabul isterinya.

Babak Cinta: Bro, cinta antara anjing dan manusia tu memang cantik, kalau engkau tu pervert nombor wahid. Apa kejadahnya kau buat porno hardkor dengan haiwan dan kau kata seni? Kau gila ke? Jangan merepek bila kau kata dalam interbiu ini cerita tentang kelas. Hapraknya. Kau ni kominis ke? Bapak kau Chin Peng ke?

Babak lain-lain: Banyak yang aku tak puas hati lagi, tapi cukuplah aku katakan yang, di waktu 32:42 saat bila kamera fokus tiga kali ke arah kaki watak utama, aku sudah nampak ideologi kau. Sudahlah, hentikannya. Mungkin kau menang Oskar, tapi kau takkan dapat menangi hatiku, Danny!

Fucker.

Apa yang aku suka.

Popkon. Kat panggung aku pegi tu ada popkon masin dengan manis. Dan boleh campur. Ya habibi, inikah sorga?

Tempat duduk. Fui, dari start kredit sampai habis kredit aku rasa mantul jugak aku tidur. Nasib baiklah aku gi tengok dengan kawan, kalau tidak tentu tertidur sampai kena moles dengan Bangla kerja kat pawagam tu…(tapi best jugak kadang-kadang, bila kau pretend tak sedar, hi hi hi)

Konklusi: Kalau tiket wayang RM10, gua akan: Minta balik wang dan pukul terbang ke Australia dan pukul Danny Boyle.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.